 |
| Prinsip utama air yang mengalir ialah : "follows the path of least
resistance" iaitu ia akan melalui jalan yang paling kurang rintangan. |
Gambar (ok lah; tak lawa: saya bukan artis ok?) di bawah menunjukkan
rajah2 yang biasa digunakan untuk membuat saliran bawah permukaan
(subsoil) |
Bentuk2 pelan saliran longkang bawah tanah (subsoil drain) untuk kawasan
yang besar. |
"Main line" akan mengikut arah larian air dan "lateral line" akan
merentang arah larian tersebut.Secara teori nya, air akan masuk ke
dalam lateral line (kerana ia merentang arah larian air) dan seterusnya
mengalir ke dalam main line. Ia tidak akan keluar dari subsoil line
kerana kita akan design supaya ia lebih mudah mengalir dalam line
tersebut; ingat "path of least resistance".
Oleh itu, sentiasa lah membuat subsoil anda dalam keadaan lurus;
jangan ikut bentuk mukabumi lah, topografi lah, ikut feng shui lah. |
1. "Herring-bone"
main line
lateral line
arah aliran
  
Herring ialah nama sejenis ikan. Agaknya memang tulang dia bentuk
macam tu kut... |
| 2. "Fish bone"
lateral line
|
kebanyakkan orang akan menggunakan style 'herringbone' walaupun mereka
akan memanggil nya 'fish bone' atau tulang ikan. suka hati lah, jangan
panggil 'Black Dog Bone' sudahlah...
Herringbone lebih baik kerana tempat persambungan lateral line tidak
bertemu. Ingat, air yang mengalir di bawah tanah akan membawa bersamanya
tanah (ni bukan air mata air bang) maka ia akan men'deposit' sedikit
tanah tersebut bila ia bergerak sedikit perlahan. Dan ia akan bergerak
perlahan di pertemuan dengan main line kerana ia sedang membelok dari
lurus ke 45 darjah. Kedua, kerana ia akan bertembung dengan air dari
arah lain (lihat rajah fishbone). |
| 3. "Grid-iron" 
main line
 lateral
line
arah
|
Gridiron digunakan bila kawasan yang nak di salirkan tersebut agak kecil
dan anda tidak mahu mengganggu nya selalu; "main line" ni sekali sekala
kena di 'flush' kan dengan air yang deras.
Paip mainline seharusnys lebih besar dari paip lateral line kerana ia
akan menampung jumlah air yang lebih besar. Biasanya saya menggunakan
paip 4 inci untuk lateral dan 6 inci untuk mainline.
Hujung paip mainline saya biasakan berakhir di kawasan yang saya
boleh capai (sump, parit besar dsb) supaya jika apa2 berlaku, saya boleh
service paip tersebut.
|
|
|
|
|
 |
Permukaan tanah
Root zone
Zon berpasir.
Batu kerikil lebih kurang 3/8 inci.
sub-grade;
lapisan yang tak (atau kurang) di tembusi air, seperti tanah liat dsb.
Ini utk orang yang menambah pasir pada tanahnya. Air yang turun dari
permukaan akan terus turun melalui pasir yang poros sehingga ia
berlanggar dengan sub-grade, baru ia mengalir mengikut gradien tanah.
Seterusnya, kita akan memposisi subsoil kita untuk 'menangkap' air ini
dan mengalirkan nya ke dalam main line seterusnya ke tempat koleksi air
(kolam, sungai, parit, tangki dsb).
|
| |
|
 |
Berapa dalam nak tanam paip tu?
Asalkan bahagian bawahnya berada di dalam subgrade. Longkang subsoil
akan kurang berhasil jika paip tergantung di atas subgrade.
Bila terlalu banyak air dalam tanah dan lapisan air naik memenuhi pasir,
baru ia akan masuk ke dalam paip. |
|
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|
|
|
|
| |
Bagaimana jika anda, seperti kebanyakkan orang, tidak mempunyai lapisan
berpasir? |
|
Maka kemungkinan besar, tekstur tanah akan mempunyai banyak air kerana
partikel tanah yang lebih kecil dari pasir akan mempunyai luas permukaan
yang lebih besar untuk memegang air.
Longkang subsoil anda akan kurang berfungsi kerana air 'segan' untuk
memasuki ke dalam subsoil kerana telah terlalu 'ramah' dengan partikel
tanah tadi. Hanya bila tanah tersebut telah tepu (saturated) dengan air
barulah banyak air akan mengalir ke dalam paip.
Untuk mengatasi masalah ini anda perlu mengadakan lebih banyak saliran
subsoil berbanding kawasan berpasir.
Rapatkan jarak di antara lateral
lines tadi. Kawasan2 yang kurang pasir memerlukan lebih banyak subsoil. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
        
|
Paip
yang digunakan ialah selalunya paip PVC yang di tebuk di bahagian BAWAH.
Nak tebuk keliling pun boleh tapi ingat, air mengalir masuk ke dalam
paip dari bahagian bawah. Bukan dari atas. SELURUH sub soil ialah
longkang, bukan batang paip ini sahaja.
Sekarang dah ada paip corrugated warna hitam yang boleh lentur.
Paip ini ok cuma bahaya nya bagi saya ialah orang cenderung untuk
meletak paip tidak lurus kerana banyak sebab. Ingat, bila paip tidak
lurus, air akan menjadi perlahan (Driver F1 pun kena slow masa corner
kan?) dan pada waktu itu ia akan men'deposit' sedikit tanah.
So, biarkan air mengalir dengan laju dan membawa sisa2 tanah tersebut.
Air yang mengalir laju juga akan 'menarik' air lain untuk masuk. |
|
|
 |
|
|
|
    |
|
   |
|
|
|
|
|
| |
|
Selain
dari saliran yang kita bincangkan sekarang iaitu saliran melalui
longkang yang di buat; terdapat juga satu lagi jenis saliran yang
bermaksud bagaimana air akan tembus melalui profil tanah dari atas turun
ke bawah.Jika air tidak boleh turun ke
bawah, maka kita akan dapati air bertakung di permukaan tanah.
Atau jika sudah terlalu banyak air yang turun
dari langit atau penyiraman dan tanah tidak mampu lagi menerima air,
maka kita panggil tanah tu dah 'tepu' dengan air. |
Kita
perlu memberi perhatian kepada isu penembusan (infiltration) air dari
atas ke bawah. DAN kita juga perlu memberi perhatian tentang berapa lama
tanah itu tepu; kerana akar memerlukan udara; kerana mikro organisma
(bakteria, kulat, cacing dsb) dalam tanah memerlukan udara.
Sub-soil drainage seperti yang saya ceritakan
di atas akan membantu; kerana ia akan menarik air turun kebawah dan
mengalirkan ia keluar dari kawasan.
Dari masa ke semasa, kita juga harus membuat
amalan kultura (cultural practice) tertentu yang akan membantu
mengeluarkan tanah mampat yang akan menghalang tanah mengalirkan air,
dan akan memasukkan pasir yang lebih peroi dan juga membantu memasukkan
udara ke dalam tanah.
|
|
|
|
|
|
     Soalan-soalan lazim.
diharap dpt membantu saya. halaman depan
rumah saya telah dibersih dan diratakan lalu dibuat border sekelilingnya
dgn batu bata. kemudian, pasir telah diisi dan diratakan di dlm kawasan yg
telah dibuat border tadi. masalahnya, baru terperasan pasir yg dibeli
adalah pasir garam. soalan saya - sesuaikah rumput ditanam diatas pasir
garam tadi yg ketebalan lapisannya dlm 3-4 inci? sering saya dengar kata2
bahawa pasir garam ni tak sesuai dah nak tanam apa2 tumbuhan. satu perkara
lagi, rumah yg baru dibeli ini tiada longkang. (mungkin lebih praktikal di
terengganu ini kerana sistem saliran yg agak
teruk). terima kasih...
saya kurang pasti apa yang puan maksudkan dengan pasir garam di sini. Saya
mengambil kesimpulan ia adalah pasir kasar.
Walaubagaimanapun, puan boleh mencuba. Malangnya jika tekaan saya betul
dan ia adalah pasir kasar,
maka Cowgrass bukan spesis yang tepat pilihannya kerana Cowgrass mempunyai akar
yang cetek.. Puan
cubalah dengan Zoysia (rumput Phillipine atau Manila) atau Bermuda (carpet
grass).
Tapi ia perlu bantuan permulaan - selapis topsoil atau bahan organik
seperti taik ayam diproses - setebal 1-2 inci. Lapisan ini akan membantu
memegang makanan dan air sementara akar rumput ini tumbuh ke dalam mencari
makanan dan air ke bawah dari 3 - 4 inci pasir garam tadi.
Tiada longkang? Asalkan kawasan bertanam rumput tadi tidak bertakung air
lebih dari 2 - 3 jam ia sepatutnya bukan masalah.
saya ada nak tanya satu masalah mengenai zoysia japonica yang telah
ditanam di atas concrete slab. untuk
pengetahuan tuan tanah ini diletakkan dua layer subsoil drainage dan
geotextile sb lapisan pertama mmg sediada dan layer kedua dibuat utk tanam
turf.
masalahnye bila ujan lebat air bertakung dalam 3inci tp lps tu dia ok.
sebahagian kawasan lawn yang redup ada nmpk kulat yg kna panas terik ok
je. knape jd mcm tu?
diharap tuan dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini.
sekiranya bantuan professional tuan diperlukan, bagaimana pembayarannya?
emm... 2 layer subsoil drainage? Tak berapa faham.
Lepas ujan lebat dia bertakung kemudian ok? Nampaknya masalah penembusan
air ke arah subsoil tu. Kemungkinan besar disebabkan oleh partikel pasir
yang terlalu halus, ataupun mungkin puan gunakan tanah sebagai medium
penanaman?
Medium tanah bagus untuk penanaman kerana ia memegang nutrien dengan baik.
Tapi ia juga memegang molekul air dengan baik.
Jika puan nak pengaliran air yang baik, gunakan pasir yang agak kasar
sebagai media tanaman. Campurkan 5% bahan organik sahaja utk memegang
nutrien atau air. Masalah nya kena rajin sikit siram dan membaja.
Kulat pada rumput atau pada tanah? Dua dua nya disebabkan oleh tanah yang
lembab. Tapi kalau tempat tu redup, Zoysia japonica susah nak hidup. Ia
memerlukan cahaya matahari yang banyak - sehingga 8 jam sehari. Zoysia
matrella ada chance. Z matrella bunga merah, Z japonica bunga hijau.
Pearlgrass pun tak sesuai kalau tanah lembab. Kalau sekadar redup, boleh
guna Pearlgrass. Saya cadangkan landscapekan dengan batu sungai or shrub
yang tahan lembab dan redup di kawasan itu sahaja.
assalammualaikum...............
Saya student politeknik tuanku sultanah bahiyah kulim ingin menanyakan
soalan berkaitan maslan padang bola. Padang bola sepak utama politeknik kami
mengalami masalah air bertakung pada jangka masa
yang lama jika hujan..air bertakung agak ketara..umpama kolam ikan jika
dipandang......saya ingin mengetahui apakah punca yang biasanya menyebabkan
padang boleh jadi sebegitu rupa?sistem saliran bagaimanakan yang sesuai
untuk mengalirkan air yang bertakung?apakah cadangan lain yang boleh
mengatasi masalah ini? saya harap saudara dapat menjelaskan pertanyaan
saya........sekian.......
Waalaikumsalam Adik hafizi,
Masalah utamanya ialah saliran.
Kita kena menyalirkan air keluar dari padang, samada ke bawah, melalui
saliran bawah tanah atau ketepi. Memandangkan ini ialah padang bola, nak
salir ketepi yang bermakna kita kena tinggikan sebahagian padang adalah
tidak munasabah.
Jadi kita kena menyalirkan air ke bawah. Di sini ada dua isu. Pertama,
profil tanah itu adakah ia dari pasir atau tanah? Pasir akan menyalirkan
air dengan baik ke bawah manakala tanah akan memegang molekul air. Jadi
satu jawapan untuk adik ialah dengan menukar profil tanah itu dengan
kandungan pasir yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menabur pasir di
atas permukaan rumput (ambik masa lama) atau menggantikan tanah di bawah
rumput itu dengan pasir. (kos mahal).
Isu kedua ialah dengan menyediakan longkang bawah tanah. Kos besar.
Satu cara mudah adik boleh cuba immediately tapi saya tak leh nak
guarantee sebab bergantung pada faktor jauh di bawah tanah, ialah
menggali lubang sedalam yang mungkin - tak yah besar, sekecik batang
penyapu atau sebesar diameter satu kaki pun ok - di tengah tengah
"kolam" tadi (tunggulah masa kering dik oii) gantikan dengan pasir dan
kambus balik dan tanam balik rumput. Teorinya ialah 'lubang' tadi akan
menjadi tempat air mengalir ke bawah, jauh ke bawah.
Ia ada hadnya tapi ia benda paling mudah dan paling cepat boleh di buat.
Make sure guna pasir kasar sebagai ganti. Di atas sekali, tanam rumput
atas pasir.
Kalau adik kebetulan boleh korek gila-gila punya dalam (ada drill telaga
minyak ke), sebelah bawah tu isi ngan batu kerikil, dah dekat sekaki
dari permukaan baru taruk pasir kasar tu. Lepas tu, ambik rumput - basuh
tanah sampai tinggal akar bogel, dan tanam ke atas pasir kasar tadi.
Tapi kalau musim kering kena siram sikit.
Selamat mencuba!
|
|
|
|
|
|
|
English Section
My achievements
Cultural Practice
Frequently asked Qs
Grasses on fairways
Grasses on greens
Golf course Machinery
Golf
Course Supts
Greens aeration
Haze
Herbicides
L/scaping
principles
Landscape design
Thatch on greens
Tournament
Prep.
Turfgrass diseases
Watering grass
Weeds |