Normas Yakin is a turf manager who loves the outdoors and believes there is a better way to manage turf and landscaping without affecting the environment. He doesnt mind sharing his knowledge and if you want his advice on how to manage your turf, contact him at

 mynormas@yahoo.com

www.mynormas.com

Laman web untuk rujukan rumput turf
Malaysian turf reference website

Home
Soalan Lazim Bahagian IV
 Last edited on 13 January, 2008

 

Siapa "Normas"
Pencapaian
Pengalaman
Pendidikan

Apa itu rumput
Bahagian rumput
Cara pembiakan
Jenis rumput
Faktor pemilihan
Rumput utama

Nama saintifik

Di halaman rumah
5 sebab
10 Faedah

Soalan Lazim
Soalan Lazim Bhg II
Soalan Lazim Bhg III
Soalan Lazim Bhg IV

Prinsip2 lanskap
Senireka Lanskap

Tentang rumput
Penyediaan tapak
Penanaman
Pembajaan

Masalah2 rumput
Mutation in grasses
Penyakit Rumput
Topdressing

Di Padang
Amalan Kultura
Bhg Padang Golf
Frequently asked Qs
Grasses on fairways
Grasses on greens

Golf course Machinery
Golf Course Supts
Greens aeration
Haze
Jerebu
Padang bola Malaysia
Padang World Cup
Saliran
Thatch on greens
Tournament Preparation
Turfgrass diseases


 

 

Kandungan

  1. Masalah rumput liar yang terlalu cepat tumbuh
  2. Berminat menanam rumput di kawasan lapang
  3. Sistem saliran dan pasir kasar
  4. Zoysia di atas concrete slab
  5. Penggunaan baja foliar (baja air)
  6. Nak mengurangkan 'bunga' rumput
  7. Masalah saliran padang bola

1) Saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rumput jenis Pearlgrass. Untuk pengetahuan saudara, saya menanam rumput jenis ini di halaman rumah saya. Halaman rumah saya agak besar iaitu kira-kira 3,500 kaki persegi.
Antara masaalah yang saya hadapi ialah rumput liar yang terlalu cepat tumbuh. Dengan kawasan yang agak luas, agak sukar untuk saya mencabut semua rumput liar. Pendek kata hampir semua masa lapang saya dihabiskan untuk mencabut rumput liar. Bayangkanlah setelah selesai di bahagian terakhir, bahagian pertama yang saya mulakan sudah mula tumbuh dengan rumput liar semula.
Adakah cara yang lebih mudah untuk mengatasi masaalah ini? Adakah masaalah ini timbul disebabkan tanah yg terlalu subur? Tetapi untuk pengatahuan saudara, rumput Pearlgrass yang saya tanam tidaklah nampak subur sangat. Daunnya lebih kecil berbanding dengan semasa saya beli dari nursery.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada saudara kerana berjaya menghasilkan sebuah laman web yang sangat berguna. Saya berharap saudara akan terus mengemaskini laman web tersebut. Saya akan terus melayari laman web saudara dari masa ke semasa. Terima kasih.
Hafiz.

 Salah satu kebaikkan Pearlgrass ialah bila  ia  ditanam dengan baik, ia akan tumbuh rapat dan menyusahkan rumput liar untuk tumbuh. 
Mungkin penyediaan tanah saudara yang mempunyai benih rumput liar atau ia di "import" dari nursery sekali dengan Pearlgrass tadi. 
Cadangan saya:
 
  1. buat plot demi plot (mungkin 500 kaki persegi setiap satu)
  2. Mencabut rumput liar (merumpai) menggunakan alat yang tajam dan pastikan anda keluarkan akar rumput liar tadi. Jangan bagi chan langsung.
  3. Baja plot tersebut mengikut kadar di laman web saya. Baja juga plot lain dengan kadar yang separuh dari plot tadi.
  4. Merumpai lagi plot tadi.
  5. Merumpai lagi plot tadi.
  6. Baja, siram, potong dan belai plot tadi dengan penuh kasih sayang.
  7. Ulang Langkah 2 hingga 6 ke atas plot sebelah. Lupakan merumpai di plot pertama (tapi teruskan membelai dengan baja, air dan  memotong) buat sementara waktu.
  8. Mulakan plot ke 3 dengan langkah 2 hingga 6. Tapi ulang merumpai pada plot 1. Teruskan membelai plot 1 dan 2 dengan baja, air dan memotong.

Supaya anda tidak cepat putus asa, mulakan plot 1 di plot yang anda akan nampak kesan iaitu depan rumah ke, atau yang paling kurang rumput liar ke. 
Pokoknya, (heh, heh, di sini; rumputnya) jaga kesuburan Pearlgrass supaya ia tumbuh rapat sehingga benih rumput liar tak boleh masuk. atau kalau masuk ia tak dapat peluang untuk nampak sinaran mentari pagi esok hari.
Ada satu short cut lagi yang mungkin berhasil tapi mungkin tidak; selalu memotong pada ketinggian yang kurang kesan pada rumput Pearlgrass, mungkin rumput liar akan putus asa... Yang ni boss lama saya ajar, tapi saya tak amalkan walaupun ada gak logiknya. Mungkin saudara boleh try di plot lain sementara gigih mengerjakan plot 1?

Selamat Mencuba!

 

2) Saya berminat untuk menanam rumput dikawasan lapang dihadapan rumah saya. Namun sebahagian besar tanah tersebut berbatu dan sekarang adalah musim panas. Saya telah mendapat stok rumput yang tidak begitu sihat daripada seorang kawan daripada jenis bermuda grass yang mahu dibuang. Sekiranya saya ingin menanam rumput tersebut, adakah saya perlu membuang batu terlebih dahulu. Apakah cara terbaik menanam rumput tersebut. Bagaimana proses top soil yang terbaik dan jenis pasir yang sesuai perlu dibeli sebelum proses penanaman dilakukan.
Terimakasih di atas web yang dibangunkan. Semoga pihak tuan agan terus berjaya dengan ilmu-ilmu yang disampaikan.
Hasnita
Bukit Jalil

Kawasan berbatu tentunya tidak 'seronok' untuk di jadikan padang rumput. Kerana kita akan menggunakan padang rumput tersebut untuk tempat istirehat, hiasan dsb. Ini tak mungkin jika terdapat banyak batu.
Jadi, batu itu haruslah di 'hapuskan' dari permukaan tanah yang anda hendak tanam.  Samada cabut dan buang, atau tenggelamkan dengan tanah baru. Puan boleh bentukkan tanah supaya ia berbukit-bukit sikit atau terus naikkan paras tanah tersebut.
Letak selapis pasir dahulu, pasir construction pun takper; murah. Tapi jika puan menggunakan top soil, takde pasir pun ok.  Fungsi pasir ialah mencepatkan air turun ke bawah dan memudahkan untuk meratakan. 
Top soil ialah tanah atas yang biasanya subur. Ia ada di jual di nursery. Jika kawasan puan luas, tanya lah kepada mereka siapa ada jual dalam kuantiti yang banyak.  Nak beli berkampit-kampit bawak balik penat juga.  Niat utama menggunakan topsoil ialah memberikan permulaan yang subur untuk rumput tadi.
Cara menanam bergantung kepada bentuk stok rumput kawan puan tadi.  Jika ia dengan tanah, cara tanam ialah dengan 'menyusun' ke atas tanah puan. Jika dengan akar (sprig), cucuk bahagian akar tersebut kedalam tanah. Jika ia batang2 rumput (stolon), secara teorinya ialah dengan mencampakkan ke atas tanah dan menabur pasir atau top soil keatas stolon tersebut. Tapi berita buruknya ialah, stolon ni perlu di tanam secepat mungkin. Setiap hari, kadar pertumbuhan akan berkurangan sebanyak 50%.

Selamat mencuba!
Back to Top

(3) diharap dpt membantu saya. halaman depan rumah saya telah dibersih dan diratakan lalu dibuat border sekelilingnya dgn batu bata. kemudian, pasir telah diisi dan diratakan di dlm kawasan yg telah dibuat border tadi. masalahnya, baru terperasan pasir yg dibeli adalah pasir garam. soalan saya - sesuaikah rumput ditanam diatas pasir garam tadi yg ketebalan lapisannya dlm 3-4 inci? sering saya dengar kata2 bahawa pasir garam ni tak sesuai dah nak tanam apa2 tumbuhan. satu perkara lagi, rumah yg baru dibeli ini tiada longkang. (mungkin lebih praktikal di terengganu ini kerana sistem saliran yg agak teruk). terima kasih...
 
NAZA
Dungun, Terengganu

Puan,
saya kurang pasti apa yang puan maksudkan dengan pasir garam di sini. Saya mengambil kesimpulan ia adalah pasir kasar.
Walaubagaimanapun, puan boleh mencuba. Malangnya jika tekaan saya betul dan ia adalah pasir kasar, maka Cowgrass bukan spesis yang tepat pilihannya kerana Cowgrass mempunyai akar yang cetek.. Puan cubalah dengan Zoysia (rumput Phillipine atau Manila) atau Bermuda (carpet grass). 
Tapi ia perlu bantuan permulaan - selapis topsoil atau bahan organik seperti taik ayam diproses - setebal 1-2 inci. Lapisan ini akan membantu memegang makanan dan air sementara akar rumput ini tumbuh ke dalam mencari makanan dan air ke bawah dari 3 - 4 inci pasir garam tadi.
Tiada longkang? Asalkan kawasan bertanam rumput tadi tidak bertakung air lebih dari 2 - 3 jam ia sepatutnya bukan masalah.

Selamat Mencuba!
Back to Top

assalamualaikum,

(4) saya ada nak tanya satu masalah mengenai zoysia japonica yang telah ditanam di atas concrete slab. untuk pengetahuan tuan tanah ini diletakkan dua layer subsoil drainage dan geotextile sb lapisan pertama mmg sediada dan layer kedua dibuat utk tanam turf.
masalahnye bila ujan lebat air bertakung dalam 3inci tp lps tu dia ok. sebahagian kawasan lawn yang redup ada nmpk kulat yg kna panas terik ok je. knape jd mcm tu?
diharap tuan dapat membantu saya menyelesaikan masalah saya ini.
sekiranya bantuan professional tuan diperlukan, bagaimana pembayarannya?

terima kasih.

aryani

 

Puan,

emm... 2 layer subsoil drainage? Tak berapa faham.
Lepas ujan lebat dia bertakung kemudian ok? Nampaknya masalah penembusan air ke arah subsoil tu. Kemungkinan besar disebabkan oleh partikel pasir yang terlalu halus, ataupun mungkin puan gunakan tanah sebagai medium penanaman?
Medium tanah bagus untuk penanaman kerana ia memegang nutrien dengan baik. Tapi ia juga memegang molekul air dengan baik.
Jika puan nak pengaliran air yang baik, gunakan pasir yang agak kasar sebagai media tanaman. Campurkan 5% bahan organik sahaja utk memegang nutrien atau air. Masalah nya kena rajin sikit siram dan membaja.
Kulat pada rumput atau pada tanah? Dua dua nya disebabkan oleh tanah yang lembab. Tapi kalau tempat tu redup, Zoysia japonica susah nak hidup. Ia memerlukan cahaya matahari yang banyak - sehingga 8 jam sehari. Zoysia matrella ada can. Z matrella bunga merah, Z japonica bunga hijau.
Pearlgrass pun tak sesuai kalau tanah lembab. Kalau sekadar redup, boleh guna Pearlgrass. Saya cadangkan landscapekan dengan batu sungai or shrub yang tahan lembab dan redup di kawasan itu sahaja.

Selamat mencuba!

Back to Top


(5) lg satu nk tanye kawan saya kata pakai baja foliar sembur bagus betul ke?

aryani

Di kebanyakkan masa, baja foliar memang bagus sebab ia boleh terus di ambil oleh rumput/pokok melalui daun berbanding baja butir/ketul; tanpa perlu ketulan baja di larutkan dulu oleh air, meresap kedalam tanah dan jika ia kebetulan terkena dengan akar tumbuhan baru ia di ambil oleh tumbuhan, jika tidak ia akan kekal di situ dan berpotensi mengalir keluar ke longkang atau punca air lain.
Keburukkan baja foliar ialah: 1. Ia tak seharusnya di siram lepas pembajaan maka risiko nya ialah kandungan baja ini, jika tak berhati-hati boleh mem"bakar" permukaan rumput. 2. Ada pendapat mengatakan, terlalu banyak menggunakan baja air akan menjadikan akar tumbuhan manja dan malas, so ia tumbuh pendek dan tak tahan dugaan jika terlupa baja atau musim kemarau. Ini tak dapat di buktikan, tetapi hanya suatu teori dan  untuk selamat; saya mengamalkan baja foliar di selang seli dengan baja butir/organik.
 

Back to Top

Hi Normas,
 
(6) I have planted about 2000 square feet of Zoysia japonica at the area beside my house. It has been 6  months now. The grass is not as green as I wanted especially when the "bunga" grows. Is it true that the "bunga" got most of the nutrient and grass had insuffient nutrient?
If it is true, how can I limit the "bunga" to grow? Need your advise.

khyoong

If you brought the grass from a nursery, chances are the 'bunga' are sterile and is of no use at all.

In the golf course industry, it is considered bad form to wait until the flowers come up before you cut. A well-maintained lawn / golf course should not wait until the flower come out.

Having said that, i realize it is not easy to do. After all, it is barely a week before the flowers come up. Honestly, don't worry so much. Take a look at your fertilizer, what does it contain? Could it be a fertlizer designed for flowering plants? Try changing fertilizer. Use an organic one. Finish off what you have now by fertilizing it less. Much less. Judge how much by the growth of the grass after you fertilize, if you get a surge of growth; you are fertilizing too much. The best method of fertilizing is too give it a good feed without making it fat.

Zoysia's natural colour is actually light green. It won't get much greener. We in the golf course actually use micro-nutrients like Ferrum to green it only slightly. You cannot compare it with Bermuda or even Cowgrass.

Selamat Mencuba!

Back to Top

assalammualaikum...............

    Saya student politeknik tuanku sultanah bahiyah kulim ingin menanyakan soalan berkaitan maslan padang bola. Padang bola sepak utama politeknik kami mengalami masalah air bertakung pada jangka masa yang lama jika hujan..air bertakung agak ketara..umpama kolam ikan jika dipandang......saya ingin mengetahui apakah punca yang biasanya menyebabkan padang boleh jadi sebegitu rupa?sistem saliran bagaimanakan yang sesuai untuk mengalirkan air yang bertakung?apakah cadangan lain yang boleh mengatasi masalah ini? saya harap saudara dapat menjelaskan pertanyaan saya........sekian.......

Waalaikumsalam Adik hafizi,
Masalah utamanya ialah saliran.
Kita kena menyalirkan air keluar dari padang, samada ke bawah, melalui saliran bawah tanah atau ketepi. Memandangkan ini ialah padang bola, nak salir ketepi yang bermakna kita kena tinggikan sebahagian padang adalah tidak munasabah.
Jadi kita kena menyalirkan air ke bawah. Di sini ada dua isu. Pertama, profil tanah itu adakah ia dari pasir atau tanah? Pasir akan menyalirkan air dengan baik ke bawah manakala tanah akan memegang molekul air. Jadi satu jawapan untuk adik ialah dengan menukar profil tanah itu dengan kandungan pasir yang tinggi. Ini boleh dilakukan dengan menabur pasir di atas permukaan rumput (ambik masa lama) atau menggantikan tanah di bawah rumput itu dengan pasir. (kos mahal).

Isu kedua ialah dengan menyediakan longkang bawah tanah. Kos besar.
Satu cara mudah adik boleh cuba immediately tapi saya tak leh nak guarantee sebab bergantung pada faktor jauh di bawah tanah, ialah menggali lubang sedalam yang mungkin - tak yah besar, sekecik batang penyapu atau sebesar diameter satu kaki pun ok - di tengah tengah "kolam" tadi (tunggulah masa kering dik oii) gantikan dengan pasir dan kambus balik dan tanam balik rumput. Teorinya ialah 'lubang' tadi akan menjadi tempat air mengalir ke bawah, jauh ke bawah.
Ia ada hadnya tapi ia benda paling mudah dan paling cepat boleh di buat. Make sure guna pasir kasar sebagai ganti. Di atas sekali, tanam rumput atas pasir.
Kalau adik kebetulan boleh korek gila-gila punya dalam (ada drill telaga minyak ke), sebelah bawah tu isi ngan batu kerikil, dah dekat sekaki dari permukaan baru taruk pasir kasar tu. Lepas tu, ambik rumput - basuh tanah sampai tinggal akar bogel, dan tanam ke atas pasir kasar tadi. Tapi kalau musim kering kena siram sikit.

Selamat mencuba!
 

 

 

Back to Top

Normas Yakin's answers to questions asked on his website through the email mynormas@yahoo.com  .
 
 
     
The information in this web site is provided without warranty of any kind, either expressed or implied. I do not accept any responsibility for any risks concerning the suitability and accuracy of information in this site. I will in no event be liable for any special, indirect or consequential damages or any damages whatsoever, whether in an action of contract, negligence or other action, arising out of or in connection with reliance on or the use of any information in this site.

Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah di beri tanpa sebarang waranti atau gerenti, samada di lafazkan atau ditafsirkan. Saya tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk sebarang risiko berkenaan kesesuaian atau ketepatan maklumat dalam laman web ini.  Saya tidak akan, dalam sebarang keadaan, bertanggungjawab untuk sebarang kerosakkan secara khusus, tak langsung atau diakibatkan oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil dengan bergantung atau berdasarkan kepada maklumat di dalam laman web ini.

 

Hit Counter

From 3rd May 2007

Copyright © 2001  Purple Chilli Sdn Bhd. All rights reserved.
Revised: 01/13/08.