|
Normas Yakin is a turf
manager who loves the outdoors and believes there is a better way to manage
turf and landscaping without affecting the environment. He doesnt mind
sharing his knowledge and if you want his advice on how to manage your turf,
contact him at mynormas@yahoo.com |
Laman web
untuk rujukan rumput turf |
Home | |
|
Soalan Lazim Bahagian III Last edited on 13 January, 2008 |
|
||
|
Siapa "Normas"
Apa itu
rumput Di halaman
rumah Tentang rumput Di Padang
|
Kandungan
1) Adakah
terdapat rumput jenis Taiwanese grass? Baru baru ini saya ada membeli
rumput turf dlm bentuk sod dan pemilik nursery menyatakan jenis rumput
tersebut adalah Philipine grass. Namun rakan/ jiran menyatakannya jenis
Taiwan. Back to Top
(sambungan dari atas)
Azwan
Kalau dah lama tak baja, sekali baja memang nampak perbezaan nya. NPK ialah nutrien utama untuk rumput turf. Nitrogen akan memberi warna hijau untuk rumput. NPK 15:15:15 senang digunakan. Saya mengesyorkan penggunaan baja yang sedikit tetapi selalu. Dua minggu sekali dah ok. Banyak mana baja bergantung pada banyak faktor, jadi untuk mempermudahkannya saya mengesyorkan baja sebaik sahaja sebelum anda memotong rumput. Kalau rumput yang anda potong terlalu panjang, maka terlalu banyak baja yang anda guna. Kalau serupa aja sebelum dan selepas baja, maka terlalu kurang. Mulakan dengan (lebihkurang) segenggam baja untuk10m persegi. Lepas tu besarkan (atau kecilkan) genggaman mengikut keadaan. Kekalkan saiz kawasan utk 10m persegi. Back to Top
Saya baru membeli rumah semi-D dan bercadang ingin menanam rumput di
bahagian hadapan,sisi dan belakang rumah saya itu.Saya amat gembira
sekiranya kawasan tersebut dipenuhi dengan rumput hijau yang pekat.
Kawasan itu masih dipenuhi dengan batu,serpihan atap ,tumbuhan meliar
dll.Apakah tindakan yang pertama perlu saya lakukan? Perlukah saya
membuang seinci dua tanah itu dan kemudian membeli pasir selori untuk
untuk melevelkannya kembali dan kemudian baru di sprig.
Redza Leman Tentunya "penyediaan tapak" seperti dalam laman web saya. Tapi 'short cut' nya ialah terus pergi ke nombor 3 lepas tu letak selori pasir seperti yang tuan kata tu. Sebab pasir BIASANYA adalah sesuai untuk rumput; terutamanya pada kedalaman 1 - 2 inci seperti yang tuan cadangkan. Memang sesuai. Lepas tu, bubuh sprig kemudian siram, baja dan siram. dan siram dan siram dan siram. Untuk seminggu dua lepas tanam, siram sikit tapi selalu. Tengok cuaca lah jugak. Siram tengah hujan nanti apa pulak kata jiran baru kita kan? Pasir, tak simpan air, so have to selalu siram sebab masa baru tanam, akar rumput pendek dan tak pandai cari air. Agak2 pasir kering, siram. Kalau tengah panas terik tu mungkin setiap 15 minit. Sorry ye, takde short cut... Lepas seminggu, boleh jarakkan penyiraman lama sikit. Lepas seminggu lagi, jarakkan lagi. Jangan manjakan sangat rumput dengan air bila ia dah 'dewasa'. Nanti tak reti nak cari air sendiri. Tentang soal nak buang seinci dua tanah tu; umumnya buang sangat baik; kalau tak buang tak apa. Ia banyak bergantung pada keadaan sedia ada Back to Top
Dear Mrs. Normas,
Assalamualaikum.
Saya ingin menjemput tuan ke kediaman saya dan memberi khidmat nasihat
tentang penanaman rumput di halaman rumah.
Berapakah anggaran kos yang diperlukan untuk menyediakan halaman yang
mempunyai rumput yang cantik?
Sekian, terima kasih.
Shida Back to Top
(sambungan dari atas)
|
||
|
The information in this web
site is provided without warranty of any kind, either expressed or implied.
I do not accept any responsibility for any risks concerning the suitability
and accuracy of information in
this site. I will in no event be liable for any special, indirect or
consequential damages or any damages whatsoever, whether in an action of
contract, negligence or other action, arising out of or in connection with
reliance on or the use of any information in this site. Maklumat yang terkandung di dalam laman web ini adalah di beri tanpa sebarang waranti atau gerenti, samada di lafazkan atau ditafsirkan. Saya tidak memikul sebarang tanggungjawab untuk sebarang risiko berkenaan kesesuaian atau ketepatan maklumat dalam laman web ini. Saya tidak akan, dalam sebarang keadaan, bertanggungjawab untuk sebarang kerosakkan secara khusus, tak langsung atau diakibatkan oleh tindakan yang diambil atau tidak diambil dengan bergantung atau berdasarkan kepada maklumat di dalam laman web ini. |
|||
|
|
From : 3 May 2007 | ||
![]()